Thursday, November 29, 2012

Incredible & Awesome!

 "Why U choose to study about Islamic History & Civilization?"

  1) I want to know more about Islam since it hard for me to see with my own eyes Muslim in Gwangju.
  2) Learn new knowledge.

Those are several questions & answers between Dr. Tarek Ladjal; my lecturer and Shin & Son; the exchange students from South Korea. Magnificent answers.

Even non-Muslim tried to seek knowledge about Islam far away from their country, why can't we try? Is it because of financial problem?
Come on please! Those excuses is unacceptable. Even seek a knowledge from someone near to U, is it still unaffordable?..

     Seeking for knowledge is WAJIB in our life as in Hadith 20:

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى  

كُلِّ مُسْلِمٍ.                                                            *ابن ماجه وغيره

Meaning : From Anas Ibn Malik said, Said Rasulullah Peace Be Upon Him Seeking knowledge is obligation on every Muslims.

      Seek for knowledge as hard as U can bacause it won't cost U any problem and there will be no loss...

Peace no War!

Monday, November 26, 2012

Ketemu Kembali wahai sahabat~


Alhamdulillah Ya Allah...

     Tu la ucapan barakah yang 1st skali kluar sbgai tanda kesyukuran kerana dapat menghadirkan diri ke Ifthor Jam'ie bersama sahabat-sahabat sperjuangan ku slama 2 Tahun & 1 Tahun bersama after ( Alhamdulillah, yay! Ada orang belanja!!) --> Thanks kepada bekas Mas'ul Majmu'ah 3 yang sememangnya TOP!

 
     Dipujuk juga diri ini untuk mengikhlaskan diri ke majlis bersama sahabat (kerana diri ini tak berapa sukakan sbarang prjumpaan).


     Di samping rasa serba salah tidak turut serta dalam program akhir Tahun di Nilam Puri sebelum ini, MAAF SAHABAT2KU, DIRIKU SELALU MEMBERONTAK....
   

   Sedang cuba menjadi seorang yang open-minded dalam sebarang hal tapi agak susah nampak gayanya...
Akan cuba libatkan diri dalam perjumpaan especially berkaitan dengan majmu'ah lama & baharu...
Inginku eratkan ukhuwah dengan sahabat2ku sekalian, asyik menyepi diri ja!





                                                     Ukhuwwah Fillah Abadan Abada~

Saturday, November 24, 2012

Lalai Oh Lalai

     Manusia tidak lari daripada kelalaian... Sudah sebati dalam diri dan naluri manusia...

     Hanya Allah tidak pernah mempunyai sifat lalai ini, Allah senantiasa memerhati & memantau setiap perbuatan makhlukNya biarpun hanya sebesar zarah seperti firman Allah S.W.T :

        وَللَّهِ غَيْبُ السَّمَـوَتِ وَالاٌّرْضِ وَإِلَيْهِ يُرْجَعُ الاٌّمْرُ كُلُّهُ فَاعْبُدْهُ وَتَوَكَّلْ عَلَيْهِ وَمَا رَبُّكَ بِغَـفِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ              

   (surah Huud ayat 123)

 Maksudnya : Dan kepunyaan Allah-lah apa yang ghaib di langit dan di bumi dan kepada-Nya-lah dikembalikan urusan-urusan semuanya, maka sembahlah Dia, dan bertawakkallah kepada-Nya. Dan sekali-kali Tuhanmu tidak lalai dari apa yang kamu kerjakan.


Diri ini juga tidak dapat lari daripada kelalain.. Lalai dengan duniawi.. Astaghfirullah!

Macam mana tak lalai, Internet memanjang, niatnya nak cari bahan untuk assignments, lepas 30 minit fokus untuk assignment, mula la melencong dengan Facebooknya, Emailnya, Blognya (ni pun tengah melencong la ni), nonton anime dan lain2.. Apa mau jadilah dengan diri ni..


Ha! Lalai2 tu dngan perkara lain, yang penting tak lalai dari solat!! dengar azan berkumandang terus gi ambek wudhuk. Alhamdulillah, dah lama didik diri untuk solat di awal waktu... Alhamdulillah, akan kuterus sebatikan dalam diri untuk solat awal waktu....

Dah3x, tak mau melencong jauh, lagi lalai diri ni dengan blog ni..

p/s : Sekian nukilan dikalaku lalai + melencong =)

Friday, November 23, 2012

15 SOAL JAWAB ORANG KAFIR YANG PERSOALKAN KEBENARAN ISLAM


Apabila timbul kesangsian terhadap Islam, pelbagai soalan boleh muncul...
Ni Antara persoalan- persoalan yang sering diajukan oleh org Kafir terhadap orang Islam~
1) Nama Nabi Isa as disebut 25 kali dalam Al-Quran, tetapi berapa kali nama Nabi Muhammad saw disebut dalam Al-Quran?
Nama Nabi Muhammad saw hanya disebut 5 kali sahaja di dalam Al-Quran. Manakala nama Nabi Isa as disebut 25 kali. Mengapa? Kerana Al-Quran diwahyukan pada Nabi Muhammad saw, sebab itu nama Nabi Muhammad saw jarang disebut. Al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk memaparkan kisah Nabi Muhammad saw tapi adalah sebagai panduan perjalanan hidup umat Islam.
2) Nama Nabi Isa lebih banya disebut daripada nama Nabi Muhammad saw dalam Al-Quran. Tentu sahaja Nabi Isa lebih hebatkan?
Dalam Bible, nama syaitan lebih banyak daripada nama Nabi Isa. Jadi, adakah syaitan lebih hebat daripada Nabi Isa? Sebenarnya Allah tidak bezakan tentang kehebatan Nabi dan RasulNya. Walaubagaimanapun, Allah lebih Maha Mengetahui.
3) Dalam Islam percaya yang Nabi Isa as diangkat ke langit, sedangkan Nabi Muhammad saw wafat. Jadi, bila Nabi Isa as dibawa ke langit, tentu sahaja Nabi Isa itu Tuhan kan?
Dalam banyak-banyak kaum, hanya kaum Nasrani sahaja yang telah salah anggap tentang nabi yang diutuskan kepadanya sebagai Tuhan (Nabi Isa). Sedangkan, dalam Bible juga ada menyatakan bahawa Jesus (Nabi Isa) berkata “Siapa yang taat pada Allah akan masuk Syurga, siapa yang menganggap Jesus sebagai tuhan akan masuk neraka”. (Kitab Injil yang menjadi rujukan pengganut Kristian sekarang ini sebenarnya telah dimanipulasi isi kandungannya)
4) Dalam Islam, Nabi Muhammad saw adalah Nabi terakhir. Tapi, di akhir zaman nanti Nabi Isa as akan turun. Kenapa tidak dikatakan Nabi Isa as yang terakhir?
Nabi Muhammad saw adalah nabi terakhir berdasarkan tahun kelahirannya. Contohnya, jika anak bongsu meninggal dunia, sedangkan anak sulung masih hidup, anak sulung tetap kekal pangkatnya sebagai yang sulung.
5) Nabi Isa as disembah sebagai anak Tuhan kerana dianggap mulia sebab lahir tanpa bapa.
Antara ibu dan anak, mana yang lagi mulia? Tentu ibu kan? Jadi, kenapa orang Kristian tidak menyembah Mariam saja? Bukankah Mariam itu ibu, tentu lagi mulia. Nabi Adam merupakan manusia pertama juga lahir tanpa bapa, malah tanpa ibu juga. Jadi, kenapa tidak disembah Adam saja?
Firman Allah swt : “Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Nabi Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: “Jadilah engkau!” maka menjadilah ia. -Surah Al-Imran, ayat-59.
6) Jika membaca tafsir, Allah berfirman sekejap guna ‘Aku’, sekejap guna ‘Kami’. Kenapa? Bukankah maksud ‘Kami’ itu mewakili ‘Tuhan + Mariam + Anak Tuhan (Isa)’?
Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab. ‘Aku’ kata jamaknya ‘Kami’ yang menggambarkan tentang ‘Allah dan keagunganNya’ . Bukankah Queen Elizebeth ketika bertitah, beliau guna ‘We’ bukan ‘I’?
7) Orang Sikh Punjabi bertanya, kenapa Islam perlu potong rambut? Bukankah rambut itu anugerah tuhan yang perlu disimpan?
Kita jawab dengan soalan ini, kuku juga anugerah tuhan, kenapa orang Sikh Punjabi potong kuku?
8) Sami Buddha vegetarian bertanya, kenapa Islam disuruh membunuh binatang untuk dimakan? Bukankah itu zalim kerana membunuh hidupan bernyawa?
Sains telah membuktikan bahawa sayur dan pokok turut mempunyai nyawa. Malah, apabila kita basuh tangan pun, ada banyak nyawa kuman yang kita bunuh. Itu tidak kejam? Apabila kita membunuh (sembelih) seekor lembu, sebenarnya kita telah menyelamatkan banyak nyawa manusia daripada mati kelaparan.
9) Sami Buddha menjawab “Bunuh sayur dosa kecil sebab sayur kurang deria. Bunuh binatang dosa besar”
Habis tu, adakah kita cuma berdosa kecil jika membunuh orang yang pekak, buta, dan bisu hanya kerana dia tidak ada deria?
10) Sami Buddha menjawab lagi “Jika kita bunuh sayur, sayur akan tumbuh balik”
Jadi, makanlah ekor cicak kerana ekor cicak akan tumbuh semula selepas putus.
11) Sami Buddha berkata lagi, “Makan binatang akan dapat banyak penyakit”
Sebenarnya, penyakit datang kerana kita banyak makan. Bukan kerana makan binatang. Allah suruh makan secara sederhana. Nabi juga suruh berhenti makan sebelum kenyang. Lagipun, Allah dah beri gigi taring dan gigi kacip untuk manusia makan binatang dan sayuran. Bukankah tembakau dan ganja itu juga berasal dari tumbuhan? Lagi besar penyakitnya. Lembu yang ragut rumput hari-hari pun boleh jadi lembu gila. Sebenarnya, tak kesah pun kalau kita tak nak makan daging, tapi jangan lah cakap haram apa yang telah Allah halalkan.
12) Kan babi itu ciptaan Allah, kenapa Islam tak makan babi?
Sebab bukan semua ciptaan Allah adalah untuk dimakan. Jika begitu, batu dan kayu juga ciptaan Allah. Manusia juga ciptaan Allah. Nak jadi kanibal?
13) Islam cakap Hindu sembah berhala tetapi Islam hari-hari sembah Kaabah.
Islam bukan sembah Kaabah. Tapi Kaabah itu adalah Kiblat untuk satukan umat. Dalam Islam dah sebut, siapa sembah Kaabah akan masuk neraka kerana Islam sembah Allah, kaabah cuma kiblat. Ada bezanya. Bukti, orang yg sembah berhala tidak akan pijak berhala, tapi orang Islam pijak Kaabah untuk melaungkan azan. Orang Hindu tak akan pijak gambar berhala tapi orang Islam hari-hari pijak gambar Kaabah di sejadah. Jika ada sepanduk gambar Kaabah direntangkan di KLCC sekalipun, orang Islam tetap solat menghadap Kaabah di Mekah kerana itu kiblat kita untuk sembah Allah. Bukan sembah Kaabah!
14) Kenapa perlu ikut Nabi Muhammad saw? Nabi dan Rasul sebelum baginda itu sesatkah?
Nabi sebelum Nabi Muhammad saw diutus untuk kaum dan zaman tertentu sahaja. Sedangkan Nabi Muhammad saw diutus untuk semua kaum dan sepanjang zaman.
15) Apa bukti Allah wujud? Mana Allah? Tak nampak pun.
(Tampar beliau!) Kemudian cakap, sakit itu wujud dan boleh dirasa, tapi adakah kita nampak sakit itu? Begitu juga dengan kewujudan Allah. Allah itu wujud dan kita boleh rasa nikmat pemberian-Nya, tapi kita tak boleh nampak Allah.
****************
Memang terbaeklah jawapan2nya, sungguh aneh lagi pelik lg la klau masih musykil dan mnimbulkn lagi persoalan2 ni...

p/s: Credited to islamituindah.my

Wednesday, July 25, 2012

BUAT INSAN BERGELAR MUSLIMAH


          Perkara Yang WAJIB Muslimah Jaga....


Mungkin ada segelintir yang terfikir, mengapa Islam syadid terhadap muslimah?? Tanpa kita sedari, persoalan itu umpama bertanyakan kanak2 yang mengerti tentang Islam..." Islam gariskan larangan ini untuk kebaikan bersama, baikpun Lelak mahupun Wanita...".. Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya...

Tak susah nak jaga semua ni, memang tak susah, semua ni mampu  mengelakkan pembaziran wang dan dosa...

1. Bulu kening
Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng
Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….
3. Wangian
Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.
4. Dada
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.
5. Gigi
Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
6. Muka dan leher
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
7. Muka dan Tangan
Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.
8. Tangan
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.
9. Mata
Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.
10. Mulut (suara)
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.
11. Kemaluan
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.
Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.
12. Pakaian
Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
13. Rambut
Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
Wallahu'alam...
Sumber: http://www.cahayaislam.net/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, July 19, 2012

Sambut Ramadhan Energetik~

Ramadhan's coming!!!!!!!!! Really!!!!!!!!



Ramadhan's coming??? Alhamdulillah~ Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih dipertemukan lagi dengan bulan Barakah ni....  Let's Upgrade our daily I'badah into utmost I'badah we ever do!!! 


Sempena menyambut Ramadhan ini, sama-samalah kita membersihkan diri kita daripada dosa agar Ramadhan kali ini menjadi suatu titik perubahan dalam diri kita untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik.

Sama-samalah kita berdoa:


Bismillah...

Ya Allah ya tuhan kami,
Ampunkanlah segala dosa-dosa kami ya Allah,
Ampunkan dosa-dosa ibu bapa kami,
Ampunkan dosa-dosa isteri/suami kami,
Ampunkan dosa-dosa anak-anak kami ya Allah,
Ampunkan dosa-dosa ahli keluarga kami ya Allah,
Ampunkan dosa-dosa muslimin dan muslimat saudara kami ya Allah.

Panjangkan umur kami dengan berbuat amal ibadat kepadaMu ya Allah,
Hindarilah diri kami dari melakukan dosa-dosa kepadaMu ya Allah,
Engkau teguhkanlah iman kami ya Allah,
Matikan diri kami dalam keadaan beriman kepadaMu ya Allah,
Murahkan rezeki kami dengan rezeki yang halal ya Allah,

Masukkan kami ke dalam syurgaMu ya Allah,
Jauhikan kami dari azab seksa nerakaMu ya Allah,
Temukan kami dan keluarga kami di dalam syurgamu ya Allah.

Amin...

Thursday, March 15, 2012

Nilam Puri Oh Nilam Puri~

           Dah hampir 3 bulan tak update blog... Malas tol akhir2 ni... Ni pun blog ke berapa pun entah...
 This blog is the latest blog of all.. yang sebelum2 ni, hehehe, ada yang lupa username la, password la....
 Insan ni kan tak lekang dari kelupaan... Tu le kekurangan diri kita tapi boleh diubati kn~

          Nilam Puri~ Indahkn nama tu?? Seindah gelaran Bumi Tarbiah... Bakal kutinggalkan untuk melebarkan sayapku ke UM KL pulak... Cabaran sebagai seorang mahasiswi.... Sedih, pilu...  Barang dah siap kemas... Letih la jugak...

           Bye kngkawan, bye Nilam Puri, Bye Kelantan~
    I'll miss all my beloved friends and will remember them in my pray~
Tak mahu taip panjang2...