Wednesday, July 25, 2012

BUAT INSAN BERGELAR MUSLIMAH


          Perkara Yang WAJIB Muslimah Jaga....


Mungkin ada segelintir yang terfikir, mengapa Islam syadid terhadap muslimah?? Tanpa kita sedari, persoalan itu umpama bertanyakan kanak2 yang mengerti tentang Islam..." Islam gariskan larangan ini untuk kebaikan bersama, baikpun Lelak mahupun Wanita...".. Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya...

Tak susah nak jaga semua ni, memang tak susah, semua ni mampu  mengelakkan pembaziran wang dan dosa...

1. Bulu kening
Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng
Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….
3. Wangian
Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.
4. Dada
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.
5. Gigi
Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
6. Muka dan leher
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
7. Muka dan Tangan
Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.
8. Tangan
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.
9. Mata
Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.
10. Mulut (suara)
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.
11. Kemaluan
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.
Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.
12. Pakaian
Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
13. Rambut
Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
Wallahu'alam...
Sumber: http://www.cahayaislam.net/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, July 19, 2012

Sambut Ramadhan Energetik~

Ramadhan's coming!!!!!!!!! Really!!!!!!!!



Ramadhan's coming??? Alhamdulillah~ Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih dipertemukan lagi dengan bulan Barakah ni....  Let's Upgrade our daily I'badah into utmost I'badah we ever do!!! 


Sempena menyambut Ramadhan ini, sama-samalah kita membersihkan diri kita daripada dosa agar Ramadhan kali ini menjadi suatu titik perubahan dalam diri kita untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik.

Sama-samalah kita berdoa:


Bismillah...

Ya Allah ya tuhan kami,
Ampunkanlah segala dosa-dosa kami ya Allah,
Ampunkan dosa-dosa ibu bapa kami,
Ampunkan dosa-dosa isteri/suami kami,
Ampunkan dosa-dosa anak-anak kami ya Allah,
Ampunkan dosa-dosa ahli keluarga kami ya Allah,
Ampunkan dosa-dosa muslimin dan muslimat saudara kami ya Allah.

Panjangkan umur kami dengan berbuat amal ibadat kepadaMu ya Allah,
Hindarilah diri kami dari melakukan dosa-dosa kepadaMu ya Allah,
Engkau teguhkanlah iman kami ya Allah,
Matikan diri kami dalam keadaan beriman kepadaMu ya Allah,
Murahkan rezeki kami dengan rezeki yang halal ya Allah,

Masukkan kami ke dalam syurgaMu ya Allah,
Jauhikan kami dari azab seksa nerakaMu ya Allah,
Temukan kami dan keluarga kami di dalam syurgamu ya Allah.

Amin...

Thursday, March 15, 2012

Nilam Puri Oh Nilam Puri~

           Dah hampir 3 bulan tak update blog... Malas tol akhir2 ni... Ni pun blog ke berapa pun entah...
 This blog is the latest blog of all.. yang sebelum2 ni, hehehe, ada yang lupa username la, password la....
 Insan ni kan tak lekang dari kelupaan... Tu le kekurangan diri kita tapi boleh diubati kn~

          Nilam Puri~ Indahkn nama tu?? Seindah gelaran Bumi Tarbiah... Bakal kutinggalkan untuk melebarkan sayapku ke UM KL pulak... Cabaran sebagai seorang mahasiswi.... Sedih, pilu...  Barang dah siap kemas... Letih la jugak...

           Bye kngkawan, bye Nilam Puri, Bye Kelantan~
    I'll miss all my beloved friends and will remember them in my pray~
Tak mahu taip panjang2...

Friday, January 6, 2012

HARI PERKAHWINAN ABANG SULUNGKU~~

 WAAAAH~ Abangku dah kahwin... Congratulation!!! Barakallahu lakuma~  meh sini nak Share sket hari2 bsejarah n... Sepatutnya dalam minggu pengajian lagi daku di UM Nilam Puri,.. Nasib baik tak buat hari selain hari JUMAAT & SABTU, kalau tidak, melepas kuliyyah or kenduri n... hehehehe...
   
Best la sesampai je kat umah rehat jap, start petang jumaat tu terus kena kerah wat kerja gotong-royong~ Tiada belas kasihan dari kakak2ku n adik-adikku, TAPI tak pe, dakukan rajin (hehehe, ye ke???)

Siniku share sket pic2 hari pkahwinan abang sulungku~

   Nak jugak adikku yang sowang n~ Al-maklum la, 1st time dlm hidup tngok smua n blaku dalam family sendiri... SAME HERE!!

 Haaaa~ yang n kaum kerabat sebelah pengantin perempuan.... RAMAI SESANGAT~


Yang n antara hantaran balas dari pihak pengantin perempuan~



 Yummy~ hehe, sempat jugak wak balik Kelantan kek n..... THANKS BIG BRO n KAK SA'ADAH~






 Suasana Bilik pengantin.... Waaah~ berbakatnya kakak2 n ibuku menghias bilik n.... Tak pernahku sangka... Balik je umah terus siap, uuuf~ bila tanya tempah kat mane?? Who decorated this room?? Everyone just point their hands and eyes to my sisters ang mom... SIMPLE but BEAUTIFUL!!!




 Yang n gambar mempelai2, my big bro and my sister-in-law... N gmbar waktu akad nikah...........

SEMOGA BAHAGIA DI DUNIA DAN DI AKHIRAT.... 

Sunday, June 26, 2011

KISAH SEORANG ABID SOLAT ZAHIR & BATIN...


   Pada zaman dahulu,ada Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.

   Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya : "Bagaimanakah caranya tuan solat?"
Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat aku berwudhu' zahir dan batin."
Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"
Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air.Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara iaitu :-

1.bertaubat
2.menyesali dosa yang dilakukan
3.tidak tergila-gilakan dunia
4.tidak mencari / mengharap pujian orang (riya')
5.tinggalkan sifat berbangga
6.tinggalkan sifat khianat dan menipu
7.meninggalkan sifat dengki


Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik. Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku ruku' dan sujud dengan tawadhu', aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik dibandingkan dengan Hatim.Bagaimana pula dengan solat kita sahabat sekalian???Adakah lebih baik daripada mereka2 yang terdahulu...renung-renungkanlah amalan kita....
Friday at 1:19am ·  · Dis

Friday, June 24, 2011

WANITA; SAYAP KIRI PERJUANGAN MANUSIA

Allah swt tidak menjadikan nabi di kalangan wanita. Tetapi Allah swt memuliakan wanita di dalam Al-Quran dengan menamakan surah -An nisa'-.

Manusia yang pertama beriman kepada Allah swt selepas Rasulullah saw ialah wanita -Khadijah r.anha-.

Manusia pertama yang syahid kerana agama Allah juga adalah wanita - Sumayyahr.anha -.

Dan Allah juga mengangkat perbuatan Siti Hajar r.anha yang juga seorang wanita yang berlari-lari antara Safa dan Marwah di dalam rukun haji, iaitu saie.



Wanita adalah yang paling mudah memasuki syurga tetapi wanita jugalah yang paling ramai menjadi penghuni neraka. Sabda Nabi yang mafhumnya; "Wanita yang solat 5 waktu, berpuasa di bulan Ramadhan dan mentaati suaminya, maka masuklah dia ke syurga melalui mana-mana pintu yang disukainya".



Masya Allah, senang bunyinya. Tapi hakikatnya tidaklah semudah itu. Jika kita lihat bagaimana pengorbanan Siti Khadijah r.anha, tentunya kita takkan dapat tiru apa yang beliau telah lakukan. Sebelum memeluk Islam dan menjadi isteri Rasulullah saw, beliau ialah seorang hartawan, peniaga yang mashyur dan terkenal. Tetapi sebaik sahaja beliau beriman kepada Allah, seluruh hartanya diinfaqkan(dibelanjakan) ke jalan Allah swt. Sehinggakan di akhir hayatnya, ketika di pangkuan Rasulullah saw, katanya "Ya Rasulullah, jika tulang belulangku ini dapat dijadikan jambatan untuk keluar ke jalan Allah, maka ambillah. Aku redha ya Rasulullah".

Begitu juga kisah Sumayyah r.anha yang semua ahli keluarganya habis di bunuh oleh pembesar kafir Quraisy. Iman di dadanya sedikitpun tidak goyah hatta nyawanya menjadi korban kerana dia yakin, syurga Allah telah menantinya.

Kesabaran dan ketaatan Siti Hajar r.anha kepada suaminya dan iman yang kental terhadap Tuhannya, membuatkan beliau tidak sedikit pun gentar ditinggalkan di tengah-tengah padang pasir yang panas, yang tiada asbab untuk hidup bersama bayinya Nabi Ismail a.s yang masih merah. Tetapi Allah Maha Besar, setiap hamba yang taat kepadaNya akan dibalas dengan kebaikan. Dari hentakan kaki nabi Ismail a.s, maka terpancutlah air zam-zam yang Allah janji tidak akan kering sehingga hari Kiamat.

Allahu Akbar!. Betapa besarnya pengorbanan para sahabiah r.anha ketika itu. Sanggup kehilangan harta, suami, anak-anak demi agama Allah swt. Kerana mereka yakin dengan janji Allah swt, Allah telah beli diri, harta dan masa orang mukmin dengan syurga Allah swt. Apa lagi yang kita harapkan jika Allah swt sendiri dah tawarkan syurgaNya untuk kita? But for sure, ada harga yang perlu dibayar untuk mendapatkan ganjaran itu. Dan dunia ini adalah tempat untuk kita membuktikannya. Sabda Rasulullah saw yang mafhumnya, "Dunia itu adalah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir".

Monday, June 20, 2011

Sawah Padi: contoh teks debat

Sawah Padi: contoh teks debat: "كلمة المقدمة الحمد لله الواحد الأحد ، الفرد الصمد ، الذي لم يلد ولم يولد ، بملكوت السماوات والأرض توحّد ، والصلاة والسلام على الحبيب محمد ،..."